Coaching:
Coaching dari segi bahasa menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2013) ialah tunjuk ajar, latih. Dari segi istilah, coaching bermaksud membantu seseorang mengeluarkan potensi dirinya bagi memajukan diri dan membuat anjakan yang postitif dalam pemikiran dan tindakan. Dilaksanakan dalam jangka waktu dan untuk keadaan tertentu seperti membangunkan kompetensi tertentu, menumpukan kepada kemajuan prestasi dan pengetahuan agar memberi impak dalam mencapai matlamat diri dan organisasi.
Mentoring:
Mentoring menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bermaksud pementoran iaitu proses pertolongan yang dibuat oleh individu yang lebih kanan terhadap indidvidu baharu/ novis dalam sesuatu bidang untuk meningkatkan kemahiran mereka. Istilah “mentor” berasal daripada mitologi Yunani yang menjelaskan hubungan antara orang yang lebih berpengalaman dalam menunjuk ajar individu yang lebih kurang berpengalaman atau baharu dalam sesuatu bidang. Orang yang membantu tersebut sebagai mentor dan proses tersebut sebagai mentoring.
Perbezaan antara coaching dan mentoring ialah jangka tempoh masa pelaksanaan, di mana coaching biasanya dalam tempoh terhad manakala mentoring untuk tempoh lama. Coaching boleh dilakukan dari individu yang tiada pengalaman dalam bidang yang diperbincangkan tetapi mempunyai kemahiran menyerlahkan potensi individu lain, tetapi mentoring perlu dilakukan oleh sesorang yang lebih pengalaman kepada orang yang baru. Coaching akan berlaku dalam mentoring tetapi mentoring tidak semstinya berlaku dalam coaching.
Walaupun terdapat perbezaan sebegitu, coaching dan mentoring tetap mempunyai persamaan iaitu membantu individu lain untuk menyerlahkan potensi diri. Memerlukan kepercayaan yang tinggi antara kedua-dua pihak yang terlibat, dengan kerelaan kedua-duanya dan penetapan matlamat yang jelas bagi kedua-dua sudut coaching dan mentoring.
Coaching juga boleh dibezakan daripada kaunseling. Coaching menganggap coachee menyedari keperluan untuk membangunkan diri mereka sendiri yang pada dasarnya berupaya untuk berfungsi dengan lebih baik di tempat kerja. Coaching lebih banyak berfokus kepada hasil, manakala kaunseling biasanya lebih tertumpu pada proses. Ini diterjemahkan ke dalam sempadan yang berbeza untuk kaunseling berbanding coaching.
No comments:
Post a Comment