11 October 2020
23 September 2019
09 July 2019
06 June 2018
05 February 2015
Portfolio Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan
Portfolio Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB).
Portfolio
ini yang perlu diterjemahkan dalam bentuk fail oleh setiap guru dan
pemimpin sekolah dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Pelan
Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB) adalah untuk melengkapi
pembangunan professionalisme sedia ada dan mentranformasi amalan
pembangunan professionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru
dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan.
Buku panduan Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB) ini boleh dimuaturun dari laman sesawang di bawah. Masukkan no kad pengenalan dan kemaskini tempat bertugas jika perlu untuk mendapatkan panduan dalam bentuk pdf.
Kandungan Portfolio
BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU
- Nama:
- Jawatan:
- Tempat Bertugas:
BAHAGIAN ISI FAIL
A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
- Vitae Kurikulum.
- Falsafah Pendidikan Negara.
- Skop Kerja.
- Sasaran Kerja Tahunan.
B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
- Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan.
- Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan.
- Penyertaan dalam Aktiviti PPB.
C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI
- Senarai Tugas dan Tanggungjawab.
- Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD.
- Penulisan/Penerbitan.
D. BAHAN BUKTI DALAM PdP/KEPIMPINAN
- Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar dan Penilaian / Perancangan Strategik.
- Contoh Hasil Kerja.
E. ANUGERAH /PENCAPAIAN
- Anugerah Perkhidmatan.
- Anugerah dalam PdP/Kepimpinan/Lain-lain.
- Jemputan untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan dan Lain-lain.
F. PENILAIAN PdP/KEPIMPINAN
- Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan.
- Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan.
- Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid/Ketua Jabatan.
Muaturun dokumen berkaitan Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB)
- Contoh Separator Portfolio PPPB 1.
- Contoh Separator Portfolio PPPB 2.
- Contoh vitae kurikulum.
- Penilaian Bersepadu PPPS e-pretasi.
- Instrumen & Dimensi Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Sumber : goggle & facebook KGM
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
BUKU PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB) GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH EDISI 2014
Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) ini disiarkan di laman web KPM pada 09 Januari 2015. klik sini. Ada 2 bahan yang disiarkan untuk dimuat turun di pautan http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB/
. Untuk memasuki laman web dan memuat turun bahan, anda dikehendaki
mengisi nombor kad pengenalan dan membuat pengesahan terlebih dahulu.
Masukkan nombor kad pengenalan sebelum dapat log in. |
Semak maklumat yang berkaitan. Isikan bahagian Status Jabatan. Tekan pada bahagian pengesahan / pengakuan. |
Muat turun bahan yang disertakan dalam format acrobat reader tersebut. |
Seperti biasa, bahan berkaitan admin upload ke scribd untuk bahan bacaan semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)